Saturday, 30 March 2013

Segalanya terbaik dari ladang.....
Kalau dah dinamakan rezeki itulah rezekinya. Buah-buahan tempatan boleh dinikmati sepanjang masa dan tahun , Dari pisang, duku, langsat, durian, tembikai, rambutan hinggalah kepada buahan2an yang sukar dicari seperti keriat, buah katak puru, kuini, bacang dan lain-lain. Umpama kata orang tua-tua murah rezeki namanya.
Pisang umpamanya boleh dinikmati sepanjang tahun. Setandang pisang kalau hendak dimakan pasti tidak akan kehabisan. Ada pisang kapas, kelat lega, kelat keling, jela berangan dan nangka.
Kena pula dengan buah buahan yang masam manis seperti pauh, mangga, kuini dan bacang.....umphhh sunggoh menyelerakan dan pastinya berair liur menikmatinya....
Yang ini bukannya ditanam sendiri sebaliknya limau madu ini dibeli segar dari ladang orang kampung, Kualiti buah dan rasanya hampir setanding dengan buah buahan import...
Pisang oh pisang..inilah antara buahan kegemaranku....dahlah dapat makan yang free, kalau beli pun dapat dengan harga yang termurah. Apa yang pentingnya, ia didapati dalam suasana yang segar......terbaik dari ladang katakan.....
Spesis buah ini memang sukar diperolehi dewasa ini. Kalau di kampung saya buah ini dinamakan buah keriyat, sejenis buah yang di dalam ada biji yg besar. Rasanya sedikit masam-masam manis pasti membuka selera. Tapi..awas kalau tertelan bijinya kemungkinan menyukarkan proses membuang air besar.....
,,,,tentang makanan tak usah nak dikata lagi......macam macam ada...





.....Dan Apabila Itik Bertelur Ayam Menetas....

Indahnya apabila kita berkongsi kehidupan dengan binatang ternakan yang pernah dibela oleh datuk nenek moyang kita yang masih mendapat tempat sehingga ke hari ini. Dan semestinya itik serati dan ayam kampung menjadi pilihan utama. Selain itu itik telur dan burung puyuh pun diternak secara suka-suka @ sebagai hobi. Sungguh menceriakan sekali apabila melihat tumbesar haiwan haiwan ini di depan mata kita dan dijaga dengan memberi makan minum secukupnya. Hasil penat lelah selama hampir lima bulan maka itik yang dibela di belakang rumah pun menghasilkan telur tetapi bagi itik serati kampung tempoh bertelur lebih awal. Itulah nikmatnya kalau kita berbudi pada haiwan.....

Oh....Kampungku....Syurgaku....Tanah Tumpah Darahku....Masa Depanku.....Segalanya Bagi Ku....